Sabtu, 14 Mac 2015


Pakatan Stategik (Pengajian Perniagaan)

Assalamualaikum.. Hari ini saya ingin kongsikan serba sedikit mengenai pakatan stategik. Inilah peristiwa saya bersama rakan sepejuangan membentangkan tajuk ini pada tahun 2013 ketika itu saya mengambilkan stpm. Bagi mengingati peristiwa ini saya mengongsikan maklumat pembentangan saya ke dalam blog ini.. ^_^ semoga memberi manfaat kepada kalian.

Pakatan Stategik  


Pakatan strategik merujuk kepada satu kerjasama atau penggabungan antara dua atau lebih

firma dalam pasaran.

Bertujuan untuk mengembangkan firma secara cepat dan cekap di samping mendapatkan

keuntungan yang maksimum

Penggabungan teknologi,keluaran,kemahiran,dan pengetahuan yang dimiliki firma-firma dalam

sesuatu perikatan strategik berupaya meningkatkan daya saing firma dalam pasaran

Kebaikan Pakatan Stategik

ØPeluang kejayaan yang lebih tinggi melalui penggabungan pengalaman, maklumat perniagaan, teknologi,dan kemahiran yang dimiliki oleh setiap firma yang bergabung.ØSetiap firma akan berusaha untuk mencapai kejayaan memandangkan firma-firma tersebut mempunyai kepentingan masing-masing yang perlu dipertahankan dalam perikatan tersebut.ØRisiko kerugian yang rendah kerana setiap firma akan menanggung kerugian bersamaan nisbah yang telah dipersetujui bersama.

ØModal pelaburan yang besar dapat diperoleh melalui sumbangan modal daripada beberapa buah firma perniagaan yang bergabungØKepakaran yang tinggi akan diperoleh dan digunakan sebaik mungkin kerana firma akan menyumbangkan kepakaran masing-masing bagi menjayakan perikatan tersebut.ØMengurangkan persaingan antara firma yang mengeluarkan keluaran yang sama dan pasaran firma juga dapat ditingkatkan


Kelemahan Pakatan Strategik


ØPerbalahan dalam kalangan ahli yang mungkin akan menjejaskan reputasi dan kejayaan pakatan berkenaan.ØRahsia perniagaan akan mudah terbongkar kerana setiap pihak akan mendedahkan rahsia perniagaan firmanya kepada pihak lain bagi membolehkan operasi perniagaan dijalankan.ØKesukaran untuk mencapai kesepakatan dalam menuntukan kaedah pembahagian keuntungan akan berlaku kerana setiap firma akan mempertahankan nisbah keuntungan difikirkan adil dan saksama.ØSesuatu pakatan tidak mempunyai jangka hayat yang kekal kerana kebanyakan pakatan dibentuk untuk sesuatu tempoh tetap yang telah dipersetujui sama ada berdasarkan tempoh matang perjanjian atau penamatan sesuatu operasi perniagaanØKetidakselarasan pengurusan akan wujud kerana setiap firma yang bergabung mempunyai falsafah pengurusan sendiri.



Pakatan Strategik


ØUsaha Sama

ØPelesenan

ØPengeluaran secara kontrak


 Usaha Sama


ØUsaha sama dibentuk oleh firma-firma yg ingin memasarkan barang atau perkhidmatan mereka

dalam pasaran domestik dan antarabangsa.

ØKeuntungan yg diperoleh diagihkan mengikut jumlah modal yg telah dilaburkan oleh setiap firma yang terlibat. Tanggungjawab terhadap firma dan kos akan ditanggung bersama oleh firma-firma yg terlibat.


Kelebihan Usaha Sama :

i.Berupaya membantu  firma yang terlibat  meluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa.ii.Berupaya membantu meningkatkan  pengetahuan, kemahiran, kepakaran  dan teknologi yg dimiliki firma yg  terlibat dalam menguruskan perniagaan dan menghasilkan keluaran.iii.Usaha sama antara firma  yang terlibat akan  membantu mengurangkan risiko yang akan dihadapi seperti risiko kerugian.iv.Firma yang menjalankan  usaha sama mempunyai kelebihan dalam aspek  daya saing di peringkat domestik  dan diperingkat  antarabangsa


Kelemahan Usaha Sama :


vPemindahan teknologikepakaranpengetahuan dan kemahiran akan berlaku dalam firma yang menjalankan pakatan strategik secara usaha sama.

vPerbezaan budaya organisasipengurusandan matlamat  menyebabkan percanggahan   pendapat dan menimbulkan konflik untuk membuat keputusan.

vKebebasan untuk membuat keputusan dan mengawal perjalanan firma adalah terhad kerana   persetujuan daripaa firma yang terlibat dalam usaha sama perlu diperoleh terlebih dahulu.

Pelesanan


1)   Melibatkan pembentukan perjanjian antara pemegang lesen dengan penerima lesen bagi membolehkan penerima lesen  memasuki  suatu pasaran asing melalui tanggungan risiko yang minimum. Penerima lesen perlu membayar royalti kepada pemegang lesen.
2)  Pemegang lesen berhak terhadap aspek yang berikut:
     a)Proses pengeluaran
     b)Cap perdagangan
     c)Paten
     d)Rahsia perniagaan



Kebaikan Pakatan Strategik Secara Pelesenan

a)Pemegang lesen mempunyai peluang besar untuk meluaskan pasaran ke peringkat

antarabangsa dan tidak hanya tertumpu kepada pasaran domestik di negara pemegang lesen

sahaja. Aktiviti pasaran ke peringkat antarabangsa akan menambahkan keuntungan firma.

b)Penerima lesen mempunyai maklumat lengkap dan terkini tentang pasaran tempatan.

Sebarang keputusan boleh dilakukan dengan segera dan membantu firma meminimumkan

risiko yang dihadapi oleh pemegang lesen.

c)Teknologi dan kepakaran yang dipunyai oleh pemegang lesen dapat dipelajari oleh  penerima

lesen. Hal ini dapat membantu penerima lesen meningkatkan pengetahuan tentang teknologi 

kepakaran yang terlibat dalam bidang perniagaan yang dijalankan oleh penerima lesen.

d)Pemegang lesen tidak dikenakan cukai eksport manakala penerima lesen tidak dikenakan

cukai import. Hal ini kerana penerima lesen mengeluarkan dan memasarkan produk di

pasaran tempatan.



Kelemahan Pakatan Stategik Secara Pelesenan

a)Penerima lesen dikehendaki membayar royalti yang tinggi kepada pemegang lesen.
b)Pemegang lesen akan berisiko tinggi untuk kehilangan keuntungan dan hanya akan dibayar royalti sahaja sekiranya penerima lesen berjaya memajukan perniagaan yang sedang dijalankan dan berjaya memasarkan produknya ke peringkat lebih tinggi.
c)Pemindahan teknologi, kepakaran, pengetahuan, dan kemahiran kepada penerima lesen akan berlaku. Hal ini boleh mewujudkan persaingan kepada pemegang lesen apabila tempoh strategik telah tamat.


Pengeluaran Secara Kontrak

Pengeluaran secara kontrak berlaku apabila sebuah syarikat pengeluaran tempatan mengadakan
perjanjian dengan sebuah syarikat asing untuk mengeluarkan barang @ perkhidmatan di loji
pengeluaran asing.
Hasil pengeluaran yang dibuat oleh syarikat penerima kontrak akan diimport kembali oleh
syarikat di negara pemberi kontrak.


Kelebihan Pengeluaran Secara Kontrak

a)Bekalan tenaga kerja @ tenaga buruh dapat diperoleh dengan mudah.
b)Bekalan bahan mentah juga dapat diperoleh dengan mudah.
c)Firma yang terlibat dalam pengeluaran secara kontrak menerima galakan insentif daripada
kerajaan tempatan.
d)Firma-firma yang terlibat dalam pengeluaran secara kontrak dapat menikmati  pengecualian
cukai.

Kelemahan Pengeluaran Secara Kontrak

a)Firma pemberi kontrak sukar menjalankan kawalan keatas firma penerima kontrak berikutan

faktor jarak yang jauh.

b)Persaingan antara firma pemberi kontrak dengan firma penerima kontrak akan wujud selepas

tamat perjanjian.

c)Firma penerima kontrak terpaksa membayar royalti kepada firma pemberi kontrak.








2 ulasan: